Ahad, 6 Mei 2012

Ilmu kebatinan dan kerohanian

Bangsa Melayu ialah suku kaum yang mendiami Nusantara. Bangsa Melayu ini meliputi pelbagai ras dan dikenali secara am nya sebagai Bani Jawi.

Bangsa Melayu terkenal dengan peradaban dan juga tamadun nya sendiri, di tanah Nusantara ini telah tumbuh beberapa empayar besar dan juga kecil yang terkenal di mata dunia.


Seni silat ialah beladiri bagi Bangsa Melayu, yang mana ia telah digunakan dalam ratusan peperangan didalam dunia Melayu.

Seni silat ialah seni yang penuh dengan mistik, sesuai dengan naluri manusia yang inginkan kehebatan yang tiada tandingan, menjadi yang paling hebat dan handal, kerana dimasa itu siapa kuat maka dialah kudrat.

Unsur mistik atau kebatinan dalam silat telah menjadi akar umbi kepada seni silat itu sendiri kerana tanpa kebatinan silat itu umpama padi hampa yang tidak berisi.

Unsur mistik yang terdapat didalam silat biasanya selari dengan pegangan agama pesilat itu sendiri yang mana doa doa atau ritual keagamaan diselitkan didalam persilatan.

Apabila para pendakwah Islam mula bertapak di Nusantara mereka menghadapi masalah besar dalam mengembangkan agama Islam, ini kerana bangsa Melayu amat kuat dengan ilmu mistiknya, salah satu cara mereka berdakwah ialah dengan membuktikan agama Islam itu lebih hebat.

Para pendakwah ini telah merevolusikan ilmu persilatan sesuai dengan syariat Islam dan membekalkan pesilat dengan iilmu kerohanian Islam.

Dengan cara ini silat sebagai budaya masyarakat melayu terus berkembang selari dengan agama Islam yang kemudian nya menjadi agama paling berpengaruh di bumi Nusantara.


Isnin, 30 April 2012

Salam perkenalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang singgah dilaman ini .
Blog ini berkenaan tiga perkara yang menjadi akar kepada bangsa melayu iaitu
persilatan, perubatan dan kerohanian.